Manfaat Jaringan Prihatin Untuk Urusan Harian Anda Semasa PKP 3.0

Posted on June 1, 2021Comments Off on Manfaat Jaringan Prihatin Untuk Urusan Harian Anda Semasa PKP 3.0

Semua tahu bahawa kita telah masuk ke tahun kedua sejak seluruh negara dilanda wabak COVID-19. Setelah kes jangkitan naik mendadak sejak belakangan ini, kita semua terpaksa duduk di rumah sekali lagi sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan virus ini dengan pengumuman PKP 3.0.

Sebagai inisiatif untuk membantu rakyat dalam kesusahan, Kerajaan telah mengumumkan beberapa strategi bantuan melalui PEMERKASA. Salah satu pemberian dalam inisiatif ini adalah Jaringan Prihatin yang dapat menjaminkan rakyat akses internet yang mudah dan tidak membebankan wang mereka.

Dengan kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat telekomunikasi sepertI redONE, subsidi data atau peranti mudah alih ini menyasarkan semua golongan yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Inilah masanya untuk kita mengambil peluang dalam memanfaatkan usaha kerajaan ini. Capaian internet sudah semestinya menjadi salah satu perkara yang penting dalam hidup kita, lebih-lebih lagi apabila kita semua perlu meneruskan urusan harian dari rumah sahaja apabila PKP 3.0 bermula.

Ketahui bagaimana Jaringan Prihatin dapat membantu kita semua meneruskan kehidupan bersama rangkaian internet yang baik dengan memilih redONE.

redONE

Jalur Lebar Untuk Kegunaan Kerja

Jaringan Prihatin sememangnya dapat membantu ramai orang, terutamanya jika anda perlu Bekerja Dari Rumah (BDR), ataupun Work From Home (WFH). Dalam situasi ini, jaringan internet sememangnya penting untuk anda menyiapkan tugasan harian anda tanpa apa-apa sekatan.

Semasa BDR, ramai orang memerlukan internet berkelajuan tinggi terutamanya untuk menghadiri mesyuarat di atas talian. Mesyuarat atas talian ini selalunya diadakan di aplikasi seperti Zoom, Google Meet, ataupun Microsoft Teams. Panggilan suara atau video dengan rakan sekerja yang ramai akan memakan data yang banyak, dan capaian video juga memerlukan internet yang laju untuk menjadi lancar.

Selain itu, data yang banyak dan laju juga dapat membantu anda memuat turun fail kerja yang bersaiz besar dengan pantas. Apabila anda terkejar-kejar untuk menyiapkan satu tugasan dalam waktu singkat, data berkelajuan tinggi sudah semestinya dapat membantu anda.

Dengan Jaringan Prihatin, anda berpeluang untuk mendapat pelan telefon berkualiti bagi memudahkan semua urusan kerja anda. Syarikat telekomunikasi seperti redONE pula menawarkan data berkelajuan tinggi melalui program ini. Walaupun terpaksa bekerja dari rumah semasa PKP, bantuan kemudahan internet ini sememangnya dapat meringankan beban anda.

Rangkaian Internet Untuk Pendidikan

Jaringan Prihatin bukan sahaja dapat membantu golongan pekerja sahaja, tetapi ia juga bertujuan membantu para pelajar apabila mereka terpaksa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, ataupun PDPR. Jaringan internet yang baik juga diperlukan dalam aspek yang sama.

Setelah sekolah terpaksa ditutup semasa PKP, anak-anak anda mungkin juga terpaksa menyambung sesi pembelajaran mereka di rumah. Akses internet yang laju dan baik juga diperlukan untuk mereka menghadiri kelas online bersama guru dan rakan-rakan tanpa gangguan atau sekatan internet.

Bukan itu sahaja, capaian internet yang baik juga dapat memudahkan mereka memuat turun alat bantu mengajar, seperti video, fail pembentangan, atau kerja rumah digital dengan baik. Prihatin Kerajaan dalam program ini juga adalah untuk membantu pelajar agar pendidikan mereka dapat diteruskan dengan lancar.

Di bawah Jaringan Prihatin, redONE dapat menawarkan anda telefon percuma daripada pelbagai jenama menarik. Dengan tawaran ini, anak-anak anda juga berpeluang mendapat telefon pintar yang dapat membantu pembelajaran harian mereka.

Hiburan Di Rumah

Berkurung di rumah semasa PKP boleh menjadi sukar untuk kita semua. Oleh itu, manfaatkan data internet anda untuk berhibur bersama keluarga sebagai satu langkah mengelakkan stres setelah kesibukan bekerja atau bersekolah.

Dengan akses internet yang baik, anda dapat menonton filem atau siri kegemaran anda melalui strim di dalam talian bersama keluarga. Tontoni siri dan filem ini di aplikasi seperti Netflix atau Disney+ tanpa gangguan dengan pilihan pelan internet yang baik.

Anda juga boleh mengurangkan stress di rumah dengan pelbagai permainan video tanpa sebarang gangguan atau ‘lagging’ dengan data berkelajuan tinggi. Luang sedikit masa di rumah untuk diri anda sendiri dengan hiburan agar anda dapat melepaskan stres di rumah di musim PKP ini.

Rangkaian Internet Kos Rendah

Akses internet mungkin dapat menjadi satu beban dari segi kewangan buat ramai orang. Dengan Jaringan Prihatin, kerajaan ingin membantu ramai orang, terutamanya golongan B40, untuk terus mendapat capaian internet berkualiti untuk kegunaan harian.

Dengan Jaringan Prihatin, redONE dapat memberikan pelan mudah alih dengan harga yang amat berpatutan. Bantuan kerajaan ini sememangnya dapat memberi anda peluang untuk mendapat jaringan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang sangat rendah jika anda menemui kelayakan program ini.

redONE

Pelan Berbaloi Dengan Harga Terendah Bersama redONE

redONE terus unggul menjadi syarikat telekomunikasi yang tekad untuk menawarkan pelan telefon berkualiti dengan data berkelajuan tinggi dengan harga yang murah untuk semua. Melalui Jaringan Prihatin, redONE dapat memberi pengguna pelan pascabayar dengan harga serendah RM13 berserta data kelajuan tinggi sebanyak 35GB. Dengan harga yang murah, anda kini dapat menikmati data internet yang laju untuk urusan harian ataupun untuk berhibur semasa anda berada di rumah sepanjang PKP.

Dengan redONE, anda juga dapat menikmati panggilan tanpa had. Ini amat berguna semasa musim PKP ini! Selain untuk tujuan bekerja, manfaat ini juga dapat menghubungkan anda dengan orang yang tersayang setelah kita semua terpisah.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat telefon pintar PERCUMA melalui penebusan pelan Jaringan Prihatin bersama redONE. Dapatkan telefon pintar daripada pelbagai jenis jenama yang hangat di pasaran, seperti Samsung, Redmi, dan ZTE. Dengan tawaran ini, anda tidak perlu lagi memikirkan kos pembelian telefon pintar dengan pelan yang ditawarkan.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki pelan data yang berkelajuan tinggi pada harga terendah dengan redONE sekarang. Daftar untuk pelan Jaringan Prihatin ini sekarang di https://www.redone.com.my/promotion/jaringan_prihatin.

Comments Off on Manfaat Jaringan Prihatin Untuk Urusan Harian Anda Semasa PKP 3.0